406009101_838449788288627_1462567001768900935_n

Majlis Motivasi “I Am Champion” Dan “Move The Heart” Di Daerah Jerantut, Pahang

Majlis Motivasi “I Am Champion” Dan “Move The Heart” Di Daerah Jerantut, Pahang
Alhamdulillah, pada hari ini peserta program Yayasan PETRONAS empower ECER daerah Jerantut telah disatukan di bawah program Motivasi dan Klinik Usahawan yang berlangsung di Dewan Napuh, Hotel DarulMakmur Jerantut, Pahang. Motivasi “I Am Champion” dan “Move The Heart” yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Zamri bin Aminuddin telah memberikan impak yang positif kepada peserta Yayasan PETRONAS empower ECER Jerantut. Selain itu, masalah yang dihadapi oleh usahawan pada masa kini turut dibincangkan pada akhir sesi motivasi tersebut. Peserta turut diberi taklimat oleh wakil agensi tentang pembiayaan dan geran-geran perniagaan yang disediakan untuk usahawan. Antara agensi yang turut hadir pada hari berkenaan adalah SSM, PERKESO, Jabatan Pertanian dan AIM, UMTJ merakamkan jutaan terima kasih ke atas sokongan daripada pihak agensi.
IMG_3836

Program Semarak Siswa Madani@UMT,

Program Semarak Siswa Madani@UMT,
UMT Jaya Holdings Sdn Bhd (UMTJ) bersama-sama dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan Program Semarak Siswa Madani@UMT, bertempat di Kuala Kerteh, Kemaman, Terengganu. Pelbagai hasil ciptaan dan inovasi UMT dikongsikan bersama masyarakat setempat pada program ini. Antaranya ialah Teknologi Rapid Biofloc di dalam ternakan ikan Tilapia di dalam kanvas, Inovasi unjam untuk meningkatkan pendapatan dan kelestarian sumber perikanan dan penghasilan makanan ikan menggunakan “Black Soldier Fly (BSF). Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi UMTJ, YBhg. Dato’ Dr Din Bin Adam, En Muhammad Danial Khaleq Bin Mohd Ali, Pegawai Khas, Pejabat Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), En. Hirman bin Awang@Semail, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan Ketua Pegawai Eksekutif UMTJ, YBhg. Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.
400800724_829591602507779_2319640610246973544_n

Majlis Motivasi “I Am Champion” dan “Move The Heart” Di Daerah Mersing, Johor

Majlis Motivasi “I Am Champion” dan “Move The Heart” Di Daerah Mersing, Johor
Alhamdulillah , pada hari ini peserta empower ECER Yayasan PETRONAS daerah Mersing, Johor telah disatukan di bawah majlis Motivasi dan Klinik Usahawan Motivasi “I Am Champion” dan “Move The Heart” yang telah disampaikan oleh Encik Muliade bin umat telah memberikan impak yang positif kepada peserta Yayasan PETRONAS empower ECER Mersing , laungan “I Am Champion” telah mengegarkan Dewan Pak Malau pada hari tersebut. Pada sebelah petang, peserta diberi taklimat oleh wakil agensi tentang pembiayaan dan geran-geran perniagaan antaranya yang disediakan. Antara agensi yang hadir adalah TEKUN , PERKESO, YPKDT dan AIM , UMTJ merakamkan jutaan terima kasih ke atas sokongan dari pihak agensi.
IMG_2649

Karnival Inovasi Makanan Di Daerah Jerantut, Pahang

Karnival Inovasi Makanan Di Daerah Jerantut, Pahang
Telah berlangsung Program Karnival Inovasi Makanan bagi Program Yayasan PETRONAS empower ECER Latihan Kemahiran & Keusahawanan bagi daerah Jerantut yang bertempat di Tapak Pekan Sehari Kampung Damak Jerantut, Pahang. Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung seperti Jualan (Sale Hunt Challenge), Pertandingan Innovasi Masakan Street Food, Pertandingan Hiasan Makanan serta majlis penyampaian hadiah di sebelah petang. Sementara itu, YBhg. Dato' Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, Ketua Pegawai Eksekutif UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. turut berpeluang untuk melihat sendiri aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang program ini berlangsung. Turut hadir,Pengerusi JPKK Kg Damak, En Yahya bin Hasan Pengerusi JPKK Kg Koi, En Razali bin Isa, dan Pengerusi JPKK Kg Lada, En Hj Mazlan bin Abdul Malek bagi memeriahkan lagi program ini selain memberikan sokongan kepada para peserta di Jerantut. Semoga program ini memberikan impak yang positif dan berpanjangan kepada para peserta.
399277122_823283156471957_7361717144635161885_n

Majlis Sambutan Ulang Tahun ECERDC ke-15 Negeri Terengganu bertempat di Hotel Permai Kuala Terengganu

Majlis Sambutan Ulang Tahun ECERDC ke-15 Negeri Terengganu bertempat di Hotel Permai Kuala Terengganu
Telah berlangsung Majlis Sambutan Ulang Tahun ECERDC ke-15 Negeri Terengganu bertempat di Hotel Permai Kuala Terengganu. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu,YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, YBhg Dato’ Baidzawi Che Mat pada 2 November 2023, Khamis. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu diiringi YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Bharu, Perdagangan, Perindustrian Dan Teknologi Hijau, YBhg. Dato’ Baidzawi Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif, ECERDC, dan YBhg. Dato' Ragu Sampasivam Ketua Pegawai Operasi ECERDC menyampaikan anugerah kepada para pelabur, peserta Program Pembangunan Modal Insan Yayasan PETRONAS empower ECER dan entrepreneur ECER dan rakan strategik serta rakan pelaksana sempena Majlis Ulang Tahun ke-15 ECERDC di Kuala Terengganu.