UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd.

MAJLIS IFTAR UMT JAYA HOLDINGS SDN BHD
Bingkisan video dan gambar sekitar majlis Iftar UMT Jaya Holdings Sdn Bhd Tahun 2024 yang telah diadakan pada 31 Mac 2024 (Ahad) bersamaan dengan 20 Ramadhan 1445H di Kuala Terengganu Golf Resort, Majlis Iftar UMT Jaya Holdings Sdn Bhd ini diadakan bertujuan merapatkan ukhuwah dan silatulrahim antara rakan strategik dalam perniagaan.
 
Program ini telah disempurnakan oleh Prof Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), selaku wakil ahli lembaga pengarah UMT Jaya Holdings Sdn Bhd. Turut berucap pada majlis tersebut Dato’ Dr Ahmad Ramzi bin Mohamad Zubir, Ketua Pegawai Eksekutif UMT Jaya Holdings Sdn Bhd.
 
Turut hadir Dato’ Dr Haji Din bin Adam, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UMT Jaya Holdings Sdn Bhd, Haji Mohd Razali bin Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif , Kolej Ketengah, Encik Ahmad Nazri @ Abd Zaim bin Madri, Pengarah, LKIM Terengganu, Tuan Haji Abd Mubin Mohd Zain, Pengarah MCMC Terengganu. Tuan Haji Che Salmi bin Che Ibrahim, Pengarah Urusan, Sabasun Hyperuncit Sendirian Berhad dan En Fakhrul Adly, Timbalan Pengarah Eksekutif 2, Pahang Skills Development Centre serta tetamu jemputan yang lain.
Shopping Basket