UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd.

Majlis Sambutan Ulang Tahun ECERDC ke-15 Negeri Terengganu bertempat di Hotel Permai Kuala Terengganu
Telah berlangsung Majlis Sambutan Ulang Tahun ECERDC ke-15 Negeri Terengganu bertempat di Hotel Permai Kuala Terengganu. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu,YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, YBhg Dato’ Baidzawi Che Mat pada 2 November 2023, Khamis. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu diiringi YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Bharu, Perdagangan, Perindustrian Dan Teknologi Hijau, YBhg. Dato’ Baidzawi Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif, ECERDC, dan YBhg. Dato' Ragu Sampasivam Ketua Pegawai Operasi ECERDC menyampaikan anugerah kepada para pelabur, peserta Program Pembangunan Modal Insan Yayasan PETRONAS empower ECER dan entrepreneur ECER dan rakan strategik serta rakan pelaksana sempena Majlis Ulang Tahun ke-15 ECERDC di Kuala Terengganu.
Shopping Basket