IMG_3835

Majlis Apresiasi Graduan MBA Luar Kampus & MBA@State Tahun 2023

Majlis Apresiasi Graduan MBA Luar Kampus & MBA@State Tahun 2023
Kehadiran graduan MBA Luar Kampus dan MBA@State ke Majlis Apresiasi ini di sambut baik Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ahmad Ramzi bin Mohamad Zubir Ketua Pegawai Eksekutif, UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. bertempat di Premier Lounge, Hotel Permai Kuala Terengganu sekitar jam tiga petang. Turut dihadiri juga Yang Berusaha Encik Azizul Bin Ab. Hadi, Setiausaha Bahagian (Pengurusan Sumber Manusia), Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu. Yang Berusaha Encik Muhamad Azmidi Bin Abdullah, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Latihan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu. Yang Berusaha Encik Mohd Kamal Bin Abdul Rahman, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Perkhidmatan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu. Yang Berusaha Dr. Noor Fadhiha Binti Mokhtar Pengerusi Bidang Pengurusan (MBA), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, UMT. Yang Berusaha Dr. W Muhammad Zainuddin Bin Wan Abdullah, Penyelaras Program MBA Luar Kampus, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, UMT.Majlis ini bertujuan meraikan pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Luar Kampus Putrajaya dan MBA@State yang akan bergraduat pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang ke-21 pada 22 Oktober 2023, Ahad. UMT Jaya Holdings telah menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ahmad Ramzi kepada 2 orang graduan MBA Putrajaya iaitu, Encik De'Zulkernain Bin Abdullah Hassan bagi Semester 1, 2022/2023 dan Encik Saravanan Krishnan bagi Semester 2, 2022/2023. Manakala 2 Anugerah Pelajar Cemerlang bagi MBA@State ialah Encik Muhammad Firdaus Bin Abdul Samad dan Mohd Hasbi Kyairi bin Ahmad Fuad, bagi Semester 2, 2022/2023. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan MBA yang berjaya menamatkan pengajian masing–masing di Universiti Malaysia Terengganu. UMT Jaya Holdings berharap agar lebih ramai lagi pelajar yang akan menyambung pengajian dalam program MBA-UMT selepas ini.
387850383_808019907998282_3156896604233835154_n

Cakna Kasih Pelajar YPeA Pasca SPM 2022

Cakna Kasih Pelajar YPeA Pasca SPM 2022
Satu lawatan ke rumah salah seorang pelajar Yayasan PETRONAS empower ECER Akademik telah dijalankan hari ini. Ziarah ini diketuai oleh YBhg. Dato' Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, Ketua Pegawai Eksekutif UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd.
 
Dalam pada itu, ziarah cakna kasih yang bertempat di daerah Besut, Terengganu ini turut dihadiri oleh Tuan Hj Abdullah Zawawi Hj Yahya, Pegawai Pendidikan Daerah Besut serta dua Timbalannya. Kehadiran mereka menunjukkan betapa komited dan seriusnya pihak pengurusan UMTJ dan PPD dalam membantu para pelajar ini.
 
Objektif lawatan hari ini adalah untuk membimbing dan membantu pelajar dalam mencari penempatan ke IPT agar beliau dapat melakar kecemerlangan dalam pendidikan setelah tamatnya Sijil Pelajaran Malaysia, SPM 2022 yang lalu.
 
Semoga, lawatan ataupun Cakna Kasih ini memberikan sinar baharu kepada pelajar YPeA ini untuk terus melakar kejayaan ke peringkat yang lebih tinggi.
IMG_3834

Majlis Perasmian Program Karnival Inovasi Makanan di Harbour Centre Mersing, Johor.

Majlis Perasmian Program Karnival Inovasi Makanan di Harbour Centre Mersing, Johor.
Telah berlangsung Majlis Perasmian Program Karnival Inovasi Makanan bagi Program Yayasan Petronas empower ECER Latihan Kemahiran & Keusahawanan setelah dua hari bertapak di Harbour Centre Mersing, Johor.
 
Majlis ini telah disempurnakan oleh Dato' Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, Ketua Pegawai Eksekutif UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. Turut hadir bersama-sama dalam majlis ini ialah Wakil dari Pejabat Pembangunan Daerah Mersing, PETRONAS dan ECERDC.
 
Sementara itu, perasmi dan dif-dif kehormat turut berpeluang untuk melihat sendiri Aktiviti Jualan (Sale Hunt Challenge), Pertandingan Hiasan Makanan dan Pertandingan Innovasi Masakan Fusion oleh para peserta program ini.