Gimik Pelancaran Program Empower ECER Akademik di bawah tajaan Yayasan PETRONAS oleh YAB Menteri Besar Terengganu

Majlis Apresiasi Program Pembangunan Modal Insan ECER

Majlis Kolaborasi, Apresiasi Program Pembangunan Modal Insan ECER & Pelancaran Program ECERDC-Yayasan PETRONAS Di Negeri Terengganu
Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) dengan Kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan Majlis Kolaborasi, Apresiasi Program Pembangunan Modal Insan ECER & Pelancaran Program ECERDC-Yayasan PETRONAS di Negeri Terengganu.
ย 
Majlis yang diadakan pada Khamis, 2 Mac 2023 itu yang bertempat di Dewan Utama, Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu itu telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.
ย 
Keseluruhan majlis ini meraikan seramai 450 orang peserta Program Pembangunan Usahawan Mikro/Baharu empower ECER, empat majikan yang memberikan penempatan tertinggi kepada peserta PENJANA Train & Place dan penyampaian sijil kolaborasi kepada empat buah sekolah di daerah Besut di bawah Program Yayasan PETRONAS empower ECER Akademik.