1f1fd422-1ce3-4a00-8f89-6a9696998577

Karnival Inovasi Makanan di Kolej Komuniti Besut, Terengganu.

Karnival Inovasi Makanan di Kolej Komuniti Besut, Terengganu.
Telah berlangsung Karnival Inovasi Makanan bagi kursus Pengukuhan Usahawan Penjaja (F&B) di bawah program Yayasan PETRONAS ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ธ๐˜ฆ๐˜ณ ECER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan bertempat di Kolej Komuniti Besut, Terengganu. Karnival Inovasi Makanan ini telah dirasmikan oleh Dato' Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UMT Jaya Holdings dengan kerjasama En. Yusainy Yusop selaku Tenaga Pengajar bagi kursus ini. Seramai 15 orang peserta daripada kursus Pengukuhan Usahawan Penjaja (F&B) telah melibatkan diri dalam aktiviti Karnival Inovasi Makanan iaitu Pesta Jualan Makanan dan Minuman, Sales Hunt Challenge dan Pertandingan Inovasi Makanan. Peserta Kursus Pengukuhan Usahawan Penjaja(F&B) ini juga diberi laluan untuk membuka Tiga (3) Booth Jualan di Karnival Inovasi Makanan kepada pengunjung yang hadir ke booth peserta di sana.