440190169_939974588136146_6026094853155000618_n

π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—š 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π—’π—Ÿπ—˜π—› π—Ÿπ—˜π— π—•π—”π—‘π—šπ—” π—žπ—˜π— π—”π—π—¨π—”π—‘ π—§π—˜π—₯π—˜π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—¨ π—§π—˜π—‘π—šπ—”π—› (π—žπ—˜π—§π—˜π—‘π—šπ—”π—›)

π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—š 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π—’π—Ÿπ—˜π—› π—Ÿπ—˜π— π—•π—”π—‘π—šπ—” π—žπ—˜π— π—”π—π—¨π—”π—‘ π—§π—˜π—₯π—˜π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—¨ π—§π—˜π—‘π—šπ—”π—› (π—žπ—˜π—§π—˜π—‘π—šπ—”π—›)
UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. (UMTJ) telah menerima Sesi Kunjung Hormat oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Kunjungan KETENGAH diketuai oleh Encik Zainuddin bin Hj. Md Zaki selaku Timbalan Pengurus Besar. Turut hadir ialah Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid selaku Pengurus Ekonomi dan Usahawan. Selain itu, En Mohd Zakiran bin Jusoh Jesenawi selaku Jurutera Awam dan En Latif bin Muhamad Selaku Penolong Pengurus, Ekonomi Ternak serta delegasi. Team UMTJ diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.
Β 
Antara aktiviti-aktiviti utama sesi ini ialah sesi perbincangan peluang perniagaan dan usahasama terutamanya di dalam bidang kepakaran kedua-dua pihak. selain itu, menawarkan beberapa peluang baru yang boleh diterokai antara kedua-dua pihak.
KETENGAH turut dibawa melihat Projek Ternakan Ikan Tilapia di dalam Kanvas UMTJ dengan menggunakan teknologi Rapid Biofloc UMT. Teknologi Rapid Biofloc hasil kajian dan inovasi oleh Prof. Madya Ts. Dr. Nor Azman Bin Kasan telah Berjaya memenangi pelbagai pingat dan anugerah di peringkat Tempatan dan Antarabangsa. Teknologi ini membolehkan biofloc dibentuk seawal 5 hari berbanding proses pembentukan sendiri secara konvensional yang mengambil masa selama 30 hari. Dengan teknologi ini juga, kos makanan dapat dikurangkan sehingga 30%.
Β 
KETENGAH turut dibawa melawat ke Institut Akuakultur Tropika dan Penyelidikan Perikanan (Institute of Tropical Aquaculture & Fisheries) [AKUATROP]. Fungsi utama AKUATROP ialah memperkukuhkan lagi industry akuakultur melalui kajian, pembangunan dan inovasi, melalui peningkatan produktiviti ikan, ketam, udang dan spesis-spesis akuakultur yang lain. AKUATROP telah diiktitraf sebagai Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence [COE]) pertama bagi akuakultur di Malaysia.
439999747_939947851472153_693946766853736569_n

π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ 𝗔𝗣π—₯π—˜π—¦π—œπ—”π—¦π—œ 𝗗𝗔𝗑 π—¦π—œπ— π—•π—’π—Ÿπ—œπ—ž π—£π—˜π—‘π—¬π—˜π—₯𝗔𝗛𝗔𝗑 π—žπ—œπ—§ π—£π—˜π—₯π—‘π—œπ—”π—šπ—”π—”π—‘

π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ 𝗔𝗣π—₯π—˜π—¦π—œπ—”π—¦π—œ 𝗗𝗔𝗑 π—¦π—œπ— π—•π—’π—Ÿπ—œπ—ž π—£π—˜π—‘π—¬π—˜π—₯𝗔𝗛𝗔𝗑 π—žπ—œπ—§ π—£π—˜π—₯π—‘π—œπ—”π—šπ—”π—”π—‘
Telah berlangsung Majlis Apresiasi dan Simbolik Penyerahan kit Perniagaan bagi Program Yayasan PETRONAS empower ECER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan bagi Daerah Besut dan Kuala Terengganu, bertempat di Galeri A Terengganu Trade Centre (TTC) Kuala Terengganu.
Β 
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Ustaz Ariffin Bin Deraman, Pengurusi JK Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi & Hal Ehwal Pengguna dan diiringi oleh Yang Berbahagia Dato’ Wan Mohd. Hasnan Abdullah, Pengurus Besar, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan YM Tengku Aida Tengku Mahmood, Ketua Operasi Yayasan PETRONAS. Turut hadir Rakan Strategik, Speaker Jemputan dan Rakan Pelaksana program, UiTM bagi meraikan peserta program ini.
Β 
Seramai 10 wakil peserta Upskilling Employment telah diberikan Sijil Tamat Latihan bagi Daerah Besut dan Kuala Terengganu dimana rata-rata peserta berjaya mendapatkan penempatan pekerjaan dengan gaji minima sebanyak RM1,800.00. Turut diadakan, simbolik penyerahan kit mula perniagaan bagi peserta Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Daerah Besut dimana peserta akan diberikan peralatan perniagaan bagi membantu peserta memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.
Β 
Majlis ini juga dimeriahkan lagi dengan gerai pameran daripada enam (6) peserta Daerah Besut dimana mereka berpeluang mempamerkan produk perniagaan kepada tetamu yang hadir.
434338677_925643746235897_7882265917725541209_n

MAJLIS IFTAR UMT JAYA HOLDINGS SDN BHD

MAJLIS IFTAR UMT JAYA HOLDINGS SDN BHD
Bingkisan video dan gambar sekitar majlis Iftar UMT Jaya Holdings Sdn Bhd Tahun 2024 yang telah diadakan pada 31 Mac 2024 (Ahad) bersamaan dengan 20 Ramadhan 1445H di Kuala Terengganu Golf Resort, Majlis Iftar UMT Jaya Holdings Sdn Bhd ini diadakan bertujuan merapatkan ukhuwah dan silatulrahim antara rakan strategik dalam perniagaan.
Β 
Program ini telah disempurnakan oleh Prof Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), selaku wakil ahli lembaga pengarah UMT Jaya Holdings Sdn Bhd. Turut berucap pada majlis tersebut Dato’ Dr Ahmad Ramzi bin Mohamad Zubir, Ketua Pegawai Eksekutif UMT Jaya Holdings Sdn Bhd.
Β 
Turut hadir Dato’ Dr Haji Din bin Adam, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UMT Jaya Holdings Sdn Bhd, Haji Mohd Razali bin Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif , Kolej Ketengah, Encik Ahmad Nazri @ Abd Zaim bin Madri, Pengarah, LKIM Terengganu, Tuan Haji Abd Mubin Mohd Zain, Pengarah MCMC Terengganu. Tuan Haji Che Salmi bin Che Ibrahim, Pengarah Urusan, Sabasun Hyperuncit Sendirian Berhad dan En Fakhrul Adly, Timbalan Pengarah Eksekutif 2, Pahang Skills Development Centre serta tetamu jemputan yang lain.
432768403_918207913646147_8040038062433967429_n

MAJLIS BERBUKA PUASA UMT JAYA HOLDINGS SDN BHD BERTEMPAT DI KUALA TERENGGANU GOFT RESORT

MAJLIS BERBUKA PUASA UMT JAYA HOLDINGS SDN BHD BERTEMPAT DI KUALA TERENGGANU GOFT RESORT
MAJLIS BERBUKA PUASA UMT JAYA HOLDINGS SDN BHD BERTEMPAT DI KUALA TERENGGANU GOFT RESORT
432667717_911442407656031_6904749436558275041_n

KUNJUNG HORMAT DARIPADA PEJABAT DAERAH MARANG (PDM)

KUNJUNG HORMAT DARIPADA PEJABAT DAERAH MARANG (PDM)
UMT Jaya Holdings Sdn Bhd (UMTJ) telah menerima Sesi Kunjung Hormat daripada Pejabat Daerah Marang (PDM). Kunjungan Pejabat Daerah Marang diketuai oleh Puan Nurul Amira binti Amberan selaku Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat). Turut hadir ialah En Solahuddin bin Hasan, Penghulu Kanan dan En Ibrahim bin Adan, Penghulu Mukim Pulau Kerengga. Team UMTJ diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), YBhg. Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.
Β 
Antara aktiviti-aktiviti utama sesi ini ialah sesi perbincangan peluang perniagaan dan usahasama terutamanya di dalam bidang kepakaran. selain itu, menawarkan beberapa peluang baru yang boleh diterokai.
Β 
Pejabat Daerah Marang turut dibawa melihat Projek Ternakan Ikan Tilapia di dalam Kanvas UMTJ dengan menggunakan teknologi Rapid Biofloc UMT. Teknologi Rapid Biofloc hasil kajian dan inovasi oleh Prof. Madya Ts. Dr. Nor Azman Bin Kasan telah berjaya memenangi pelbagai pingat dan anugerah di peringkat Tempatan dan Antarabangsa. Teknologi ini membolehkan biofloc dibentuk seawal 10 hari berbanding proses pembentukan sendiri secara konvensional yang mengambil masa selama 30 hari. Dengan teknologi ini juga, kos makanan dapat dikurangkan sehingga 30%.
Pejabat Daerah Marang turut dibawa melawat ke Institut Akuakultur Tropika dan Penyilidikan Perikanan (Institute of Tropical Aquaculture & Fisheries) [AKUATROP]. Fungsi utama AKUATROP ialah memperkukuhkan lagi industry akuakultur melalui kajian, pembangunan dan inovasi, melalui peningkatan produktiviti ikan, ketam, udang dan spesis-spesis akuakultur yang lain. AKUATROP telah diiktitraf sebagai Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence [COE]) pertama bagi akuakultur di Malaysia.
430331382_910786991054906_2134075239037732588_n

Bengkel “Synergizing Student Growth And R&D Excellence

Bengkel “Synergizing Student Growth And R&D Excellence

Telah berlangsung Bengkel β€œSynergizing Student Growth and R&D Excellence” bertempat di UMT Convention Centre (UMTCC). Seramai 35 Dekan, Timbalan Dekan, Ketua Program, pensyarah senior dan pensyarah muda telah menyertai bengkel tersebut. Dato' Dr. Husaini bin Omar, Mantan Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi Pengerusi Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) di jemput sebagai penceramah jemputan. Dan di rasmikan oleh Prof Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif UMTJ, Dato Dr Ramzi bin Mohamad Zubir.

429783792_908214107978861_1742047345809843828_n

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. (UMTJ) Dan Pahang Skills Development Centre (Pahang Skills)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. (UMTJ) Dan Pahang Skills Development Centre (Pahang Skills)
07 MAC 2024 | UMT Jaya Holdings Sdn Bhd (UMTJ) dan Pahang Skills Development Centre (Pahang Skills), hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bertujuan untuk berkerjasama dalam bidang latihan dan teknologi. MoU yang menfokus kepada bidang perundingan dan latihan kepada pihak industri. Selain itu meneroka teknologi baru β€˜Internet of Thing’ (IoT) dan Drone serta Solar yang boleh dikembangkan di Pantai Timur. Dalam masa yang sama memperkasakan program TVET dan mengkomersilkan produk-produk universiti serta berkongsi kepakaran antara kedua-dua pihak. Pahang Skills diketuai oleh Lt Kol. Bersekutu (PA) Mohd Yusri bin Mohd Nor selaku Pengarah Eksekutif. Turut hadir ialah Fakhrul Adly bin Hashimn dan Mohd Afizan bin Ghazali (Timbalan Pengarah Training Hub Reskiling Upskilling). Team UMTJ diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), YBhg. Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.
428610851_896892835777655_1064448882839678402_n

π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—š 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π—’π—Ÿπ—˜π—› π—£π—˜π—π—”π—•π—”π—§ π—™π—˜π—Ÿπ——π—” π—ͺπ—œπ—Ÿπ—”π—¬π—”π—› π—§π—œπ— π—¨π—₯ (π—™π—˜π—Ÿπ——π—”)

π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—š 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π—’π—Ÿπ—˜π—› π—£π—˜π—π—”π—•π—”π—§ π—™π—˜π—Ÿπ——π—” π—ͺπ—œπ—Ÿπ—”π—¬π—”π—› π—§π—œπ— π—¨π—₯ (π—™π—˜π—Ÿπ——π—”)
UMT Jaya Holdings Sdn Bhd (UMTJ) telah menerima Sesi Kunjung Hormat oleh Pejabat FELDA Wilayah Timur (FELDA). Kunjungan FELDA diketuai oleh Encik Shahruddin bin AB. Rahman selaku Pengarah. Turut hadir ialah Syarwan bin Che Shaari, Penolong Pengarah Unit Usahawan & PPP, Mohd Khuwarizmi bin Moktar, Penyelia Rancangan FELDA dan Nasir bin Samsuddin, Pengurus FELDA, Bukit Bading. Team UMTJ diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), YBhg. Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.
Β 
Antara aktiviti-aktiviti utama sesi ini ialah sesi perbincangan peluang perniagaan dan usahasama terutamanya di dalam bidang kepakaran kedua-dua pihak. selain itu, menawarkan beberapa peluang baru yang boleh diterokai.
Β 
FELDA turut dibawa melihat Projek Ternakan Ikan Tilapia di dalam Kanvas UMTJ dengan menggunakan teknologi Rapid Biofloc UMT. Teknologi Rapid Biofloc hasil kajian dan inovasi oleh Prof. Madya Ts. Dr. Nor Azman Bin Kasan telah Berjaya memenangi pelbagai pingat dan anugerah di peringkat Tempatan dan Antarabangsa. Teknologi ini membolehkan biofloc dibentuk seawal 5 hari berbanding proses pembentukan sendiri secara konvensional yang mengambil masa selama 30 hari. Dengan teknologi ini juga, kos makanan dapat dikurangkan sehingga 30%.
Β 
FELDA turut dibawa melawat ke Institut Akuakultur Tropika dan Penyilidikan Perikanan (Institute of Tropical Aquaculture & Fisheries) [AKUATROP]. Fungsi utama AKUATROP ialah memperkukuhkan lagi industry akuakultur melalui kajian, pembangunan dan inovasi, melalui peningkatan produktiviti ikan, ketam, udang dan spesis-spesis akuakultur yang lain. AKUATROP telah diiktitraf sebagai Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence [COE]) pertama bagi akuakultur di Malaysia.