1f1fd422-1ce3-4a00-8f89-6a9696998577

Karnival Inovasi Makanan di Kolej Komuniti Besut, Terengganu.

Karnival Inovasi Makanan di Kolej Komuniti Besut, Terengganu.
Telah berlangsung Karnival Inovasi Makanan bagi kursus Pengukuhan Usahawan Penjaja (F&B) di bawah program Yayasan PETRONAS ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ธ๐˜ฆ๐˜ณ ECER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan bertempat di Kolej Komuniti Besut, Terengganu. Karnival Inovasi Makanan ini telah dirasmikan oleh Dato' Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UMT Jaya Holdings dengan kerjasama En. Yusainy Yusop selaku Tenaga Pengajar bagi kursus ini. Seramai 15 orang peserta daripada kursus Pengukuhan Usahawan Penjaja (F&B) telah melibatkan diri dalam aktiviti Karnival Inovasi Makanan iaitu Pesta Jualan Makanan dan Minuman, Sales Hunt Challenge dan Pertandingan Inovasi Makanan. Peserta Kursus Pengukuhan Usahawan Penjaja(F&B) ini juga diberi laluan untuk membuka Tiga (3) Booth Jualan di Karnival Inovasi Makanan kepada pengunjung yang hadir ke booth peserta di sana.
382111202_794817885985151_6987675133429147154_n

HR SUMMIT 2023

HR SUMMIT 2023
HR SUMMIT 2023 dengan julung kalinya berada di Wilayah Pantai Timur bertemakan โ€œPembelajaran Sepanjang Hayat, Pemangkin Mobiliti Sosial!โ€ anjuran HRD Corp yang telah berlangsung di Raia Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu.
ย 
Ketua Pegawai Eksekutif UMT Jaya Holdings, YBhg Datoโ€™ Dr. Ahmad Ramzi Bin Mohamad Zubir, merupakan salah seorang penceramah yang memberikan pengisian bertajuk โ€˜Pemangkin Mobiliti Sosialโ€™. Para peserta adalah terdiri daripada pelbagai organisasi daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) dari Pantai Timur dan juga daripada Agensi Kerajaan di Terengganu.
ย 
UMT Jaya Holdings juga diberi laluan untuk membuka Booth di Raia Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu sehingga pukul 5 petang. Terdapat banyak program & promosi yang telah kami tawarkan kepada pengunjung yang hadir ke booth kami di sana.
ย 
Terima kasih tidak terhingga kepada HRD Corp Pantai Timur di atas peluang dan kepercayaan kepada UMTJ Holdings Sdn Bhd bagi turut menjayakan HR Summit 2023 Pantai Timur ini.
378985619_789111523222454_5091564628695128211_n

19th Malaysia International Halal (MIHAS)

19th Malaysia International Halal (MIHAS)
UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. telah diberi peranan serta tanggungjawab oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk turut serta mengambil bahagian dalam MIHAS bagi memasarkan produk-produk keluaran UMT serta mendapatkan rangkaian perniagaan yang lebih meluas bagi menjana pendapatan Universiti (UMT)
ย 
Program juga diserikan lagi dgn kehadiran YBhg. Dato' Dr. Din Bin Adam, iaitu Pengerusi Lembaga Pengarah UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. & YBhg. Dato' Dr. Ahmad Ramzi Bin Mohamad Zubir, selaku Ketua Pegawai Eksekutif, UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd.
ย 
Produk-produk yg dijual serta dipamerkan ialah:
1. Ice Cream Beta Gac 100 ml @ RM5.00
2. Minyak Angin Gelam 8ml @ RM10.00
3. Madu Kelulut Akasia 700 ml @ RM200.00, 200 ml @ RM100.00 & 55 ml @ RM30.00
4. Sardin Curry Pouche 220 gm @ RM15.00
5. Teh Minuman Kesihatan - Teh Tenang, Teh Lerai, Teh Urai, Teh Lega & Teh Imbang