UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd.

Karnival Inovasi Makanan Di Daerah Jerantut, Pahang
Telah berlangsung Program Karnival Inovasi Makanan bagi Program Yayasan PETRONAS empower ECER Latihan Kemahiran & Keusahawanan bagi daerah Jerantut yang bertempat di Tapak Pekan Sehari Kampung Damak Jerantut, Pahang. Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung seperti Jualan (Sale Hunt Challenge), Pertandingan Innovasi Masakan Street Food, Pertandingan Hiasan Makanan serta majlis penyampaian hadiah di sebelah petang. Sementara itu, YBhg. Dato' Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, Ketua Pegawai Eksekutif UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. turut berpeluang untuk melihat sendiri aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang program ini berlangsung. Turut hadir,Pengerusi JPKK Kg Damak, En Yahya bin Hasan Pengerusi JPKK Kg Koi, En Razali bin Isa, dan Pengerusi JPKK Kg Lada, En Hj Mazlan bin Abdul Malek bagi memeriahkan lagi program ini selain memberikan sokongan kepada para peserta di Jerantut. Semoga program ini memberikan impak yang positif dan berpanjangan kepada para peserta.
Shopping Basket