DSC_0139

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara UMT Jaya Holdings Sdn Bhd (UMTJ) Dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara UMT Jaya Holdings Sdn Bhd (UMTJ) Dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

15 Januari 2024 | UMT Jaya Holdings Sdn Bhd (UMTJ) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bertujuan untuk membangun, memperkukuh dan memajukan industri perikanan Malaysia.

MoU yang menfokus kepada bidang penyelidikan dan pembangunan industri perikanan ini akan memperkenalkan teknologi dron, sensor Internet of Things (IoT) dan Applikasi (Super Apps) bagi memoden, mememaju dan memperkasakan industri perikanan Malaysia, khususnya dari segi Enviroment, Social & Governance (ESG) dan Kelestarian (Sustainability), Keselamatan & Kesihatan, Peningkatan Produktiviti, Penambahan Pendapatan dan Penjimatan Perbelanjaan atau Kos Operasi.

Turut hadir semasa majlis ialah Pengerusi LKIM, Y.B Tuan Muhammad Faiz Fadzil, Pengerusi UMTJ, Dato Dr Din bin Adam, Naib Canselor UMT, Prof  Dato’ Dr Mazlan Abd Ghaffar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UMTJ, YBhg Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dan Pengerusi Akuatrop Sdn Bhd (ASB), YBhg. Dato’ Munir Haji Mohd Nawi serta En Hamdan bin Mamat , Ketua Pengarah LKIM.

Selain itu, LKIM turut dibawa melihat Projek Ternakan Ikan Tilapia di dalam Kanvas UMTJ dengan menggunakan teknologi Rapid Biofloc UMT. Teknologi Rapid Biofloc hasil kajian dan inovasi oleh Prof. Madya Ts. Dr. Nor Azman Bin Kasan telah Berjaya memenangi pelbagai pingat dan anugerah di peringkat Tempatan dan Antarabangsa. Teknologi ini membolehkan biofloc dibentuk seawal 5 hari berbanding proses pembentukan sendiri secara konvensional yang mengambil masa selama 30 hari. Dengan teknologi ini juga, kos makanan dapat dikurangkan sehingga 30%. 

Turut hadir semasa lawatan ialah Pengerusi LKIM, Y.B Tuan Muhammad Faiz Fadzil, Pengerusi UMTJ, Dato Dr Din bin Adam ,Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UMTJ, YBhg Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dan Pengerusi Akuatrop Sdn Bhd (ASB), YBhg. Dato’ Munir Haji Mohd Nawi dan En Hamdan bin Mamat , Ketua Pengarah LKIM serta kakitangan LKIM.