430331382_910786991054906_2134075239037732588_n

Bengkel “Synergizing Student Growth And R&D Excellence

Bengkel “Synergizing Student Growth And R&D Excellence

Telah berlangsung Bengkel “Synergizing Student Growth and R&D Excellence” bertempat di UMT Convention Centre (UMTCC). Seramai 35 Dekan, Timbalan Dekan, Ketua Program, pensyarah senior dan pensyarah muda telah menyertai bengkel tersebut. Dato' Dr. Husaini bin Omar, Mantan Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi Pengerusi Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) di jemput sebagai penceramah jemputan. Dan di rasmikan oleh Prof Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif UMTJ, Dato Dr Ramzi bin Mohamad Zubir.

429783792_908214107978861_1742047345809843828_n

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. (UMTJ) Dan Pahang Skills Development Centre (Pahang Skills)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. (UMTJ) Dan Pahang Skills Development Centre (Pahang Skills)
07 MAC 2024 | UMT Jaya Holdings Sdn Bhd (UMTJ) dan Pahang Skills Development Centre (Pahang Skills), hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bertujuan untuk berkerjasama dalam bidang latihan dan teknologi. MoU yang menfokus kepada bidang perundingan dan latihan kepada pihak industri. Selain itu meneroka teknologi baru ‘Internet of Thing’ (IoT) dan Drone serta Solar yang boleh dikembangkan di Pantai Timur. Dalam masa yang sama memperkasakan program TVET dan mengkomersilkan produk-produk universiti serta berkongsi kepakaran antara kedua-dua pihak. Pahang Skills diketuai oleh Lt Kol. Bersekutu (PA) Mohd Yusri bin Mohd Nor selaku Pengarah Eksekutif. Turut hadir ialah Fakhrul Adly bin Hashimn dan Mohd Afizan bin Ghazali (Timbalan Pengarah Training Hub Reskiling Upskilling). Team UMTJ diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), YBhg. Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.
DSC_0139

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara UMT Jaya Holdings Sdn Bhd (UMTJ) Dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara UMT Jaya Holdings Sdn Bhd (UMTJ) Dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

15 Januari 2024 | UMT Jaya Holdings Sdn Bhd (UMTJ) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bertujuan untuk membangun, memperkukuh dan memajukan industri perikanan Malaysia.

MoU yang menfokus kepada bidang penyelidikan dan pembangunan industri perikanan ini akan memperkenalkan teknologi dron, sensor Internet of Things (IoT) dan Applikasi (Super Apps) bagi memoden, mememaju dan memperkasakan industri perikanan Malaysia, khususnya dari segi Enviroment, Social & Governance (ESG) dan Kelestarian (Sustainability), Keselamatan & Kesihatan, Peningkatan Produktiviti, Penambahan Pendapatan dan Penjimatan Perbelanjaan atau Kos Operasi.

Turut hadir semasa majlis ialah Pengerusi LKIM, Y.B Tuan Muhammad Faiz Fadzil, Pengerusi UMTJ, Dato Dr Din bin Adam, Naib Canselor UMT, Prof  Dato’ Dr Mazlan Abd Ghaffar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UMTJ, YBhg Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dan Pengerusi Akuatrop Sdn Bhd (ASB), YBhg. Dato’ Munir Haji Mohd Nawi serta En Hamdan bin Mamat , Ketua Pengarah LKIM.

Selain itu, LKIM turut dibawa melihat Projek Ternakan Ikan Tilapia di dalam Kanvas UMTJ dengan menggunakan teknologi Rapid Biofloc UMT. Teknologi Rapid Biofloc hasil kajian dan inovasi oleh Prof. Madya Ts. Dr. Nor Azman Bin Kasan telah Berjaya memenangi pelbagai pingat dan anugerah di peringkat Tempatan dan Antarabangsa. Teknologi ini membolehkan biofloc dibentuk seawal 5 hari berbanding proses pembentukan sendiri secara konvensional yang mengambil masa selama 30 hari. Dengan teknologi ini juga, kos makanan dapat dikurangkan sehingga 30%. 

Turut hadir semasa lawatan ialah Pengerusi LKIM, Y.B Tuan Muhammad Faiz Fadzil, Pengerusi UMTJ, Dato Dr Din bin Adam ,Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UMTJ, YBhg Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dan Pengerusi Akuatrop Sdn Bhd (ASB), YBhg. Dato’ Munir Haji Mohd Nawi dan En Hamdan bin Mamat , Ketua Pengarah LKIM serta kakitangan LKIM.

 

 

415838080_861798299287109_6040237640478030354_n

Majlis Penyerahan Insentif Kecemerlangan Sukan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Majlis Penyerahan Insentif Kecemerlangan Sukan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Insentif Kecemerlangan Sukan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi mengzahirkan apresiasi kepada beberapa orang atlet yang telah menyumbangkan pingat dalam Karnival Sukan MASUM 2023 dan Kejohanan Futsal IPT (Liga Premier) 2023. UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. berbesar hati untuk menganugerahkan Insentif berbentuk wang tunai kepada para atlet yang telah bertungkus-lumus mengharumkan nama UMT sebagai salah satu penghargaan dan sokongan atas penglibatan dan sumbangan pingat di kejohanan sukan berprestij itu. UMTJ ingin mengucapkan syabas & tahniah dan teruskan kecemerlangan sebegini di masa akan datang.
YTRFEDFVGH

Majlis Apresiasi Dan Simbolik Penyerahan Kit Perniagaan Bertempat Di Hotel DarulMakmur, Jerantut Pahang

Majlis Apresiasi Dan Simbolik Penyerahan Kit Perniagaan Bertempat Di Hotel DarulMakmur, Jerantut Pahang
Telah berlangsung Majlis Apresiasi dan Simbolik Penyerahan Kit Perniagaan bagi Program Yayasan PETRONAS empower ECER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan bagi Daerah Jerantut bertempat di Hotel DarulMakmur, Jerantut Pahang, pada 18 Disember 2023, Isnin. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Ir. Razali Bin Kassim, Exco Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang. Turut hadir Pihak Yayasan PETRONAS, ECERDC dan Rakan Strategik bagi meraikan peserta program ini.
406009101_838449788288627_1462567001768900935_n

Majlis Motivasi “I Am Champion” Dan “Move The Heart” Di Daerah Jerantut, Pahang

Majlis Motivasi “I Am Champion” Dan “Move The Heart” Di Daerah Jerantut, Pahang
Alhamdulillah, pada hari ini peserta program Yayasan PETRONAS empower ECER daerah Jerantut telah disatukan di bawah program Motivasi dan Klinik Usahawan yang berlangsung di Dewan Napuh, Hotel DarulMakmur Jerantut, Pahang. Motivasi “I Am Champion” dan “Move The Heart” yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Zamri bin Aminuddin telah memberikan impak yang positif kepada peserta Yayasan PETRONAS empower ECER Jerantut. Selain itu, masalah yang dihadapi oleh usahawan pada masa kini turut dibincangkan pada akhir sesi motivasi tersebut. Peserta turut diberi taklimat oleh wakil agensi tentang pembiayaan dan geran-geran perniagaan yang disediakan untuk usahawan. Antara agensi yang turut hadir pada hari berkenaan adalah SSM, PERKESO, Jabatan Pertanian dan AIM, UMTJ merakamkan jutaan terima kasih ke atas sokongan daripada pihak agensi.
IMG_3836

Program Semarak Siswa Madani@UMT,

Program Semarak Siswa Madani@UMT,
UMT Jaya Holdings Sdn Bhd (UMTJ) bersama-sama dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan Program Semarak Siswa Madani@UMT, bertempat di Kuala Kerteh, Kemaman, Terengganu. Pelbagai hasil ciptaan dan inovasi UMT dikongsikan bersama masyarakat setempat pada program ini. Antaranya ialah Teknologi Rapid Biofloc di dalam ternakan ikan Tilapia di dalam kanvas, Inovasi unjam untuk meningkatkan pendapatan dan kelestarian sumber perikanan dan penghasilan makanan ikan menggunakan “Black Soldier Fly (BSF). Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi UMTJ, YBhg. Dato’ Dr Din Bin Adam, En Muhammad Danial Khaleq Bin Mohd Ali, Pegawai Khas, Pejabat Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), En. Hirman bin Awang@Semail, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan Ketua Pegawai Eksekutif UMTJ, YBhg. Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.