UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd.

Majlis Apresiasi Graduan MBA Luar Kampus & MBA@State Tahun 2023
Kehadiran graduan MBA Luar Kampus dan MBA@State ke Majlis Apresiasi ini di sambut baik Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ahmad Ramzi bin Mohamad Zubir Ketua Pegawai Eksekutif, UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. bertempat di Premier Lounge, Hotel Permai Kuala Terengganu sekitar jam tiga petang. Turut dihadiri juga Yang Berusaha Encik Azizul Bin Ab. Hadi, Setiausaha Bahagian (Pengurusan Sumber Manusia), Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu. Yang Berusaha Encik Muhamad Azmidi Bin Abdullah, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Latihan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu. Yang Berusaha Encik Mohd Kamal Bin Abdul Rahman, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Perkhidmatan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu. Yang Berusaha Dr. Noor Fadhiha Binti Mokhtar Pengerusi Bidang Pengurusan (MBA), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, UMT. Yang Berusaha Dr. W Muhammad Zainuddin Bin Wan Abdullah, Penyelaras Program MBA Luar Kampus, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, UMT.Majlis ini bertujuan meraikan pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Luar Kampus Putrajaya dan MBA@State yang akan bergraduat pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang ke-21 pada 22 Oktober 2023, Ahad. UMT Jaya Holdings telah menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ahmad Ramzi kepada 2 orang graduan MBA Putrajaya iaitu, Encik De'Zulkernain Bin Abdullah Hassan bagi Semester 1, 2022/2023 dan Encik Saravanan Krishnan bagi Semester 2, 2022/2023. Manakala 2 Anugerah Pelajar Cemerlang bagi MBA@State ialah Encik Muhammad Firdaus Bin Abdul Samad dan Mohd Hasbi Kyairi bin Ahmad Fuad, bagi Semester 2, 2022/2023. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan MBA yang berjaya menamatkan pengajian masing–masing di Universiti Malaysia Terengganu. UMT Jaya Holdings berharap agar lebih ramai lagi pelajar yang akan menyambung pengajian dalam program MBA-UMT selepas ini.
Shopping Basket