UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd.

HR SUMMIT 2023
HR SUMMIT 2023 dengan julung kalinya berada di Wilayah Pantai Timur bertemakan “Pembelajaran Sepanjang Hayat, Pemangkin Mobiliti Sosial!” anjuran HRD Corp yang telah berlangsung di Raia Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu.
 
Ketua Pegawai Eksekutif UMT Jaya Holdings, YBhg Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Bin Mohamad Zubir, merupakan salah seorang penceramah yang memberikan pengisian bertajuk ‘Pemangkin Mobiliti Sosial’. Para peserta adalah terdiri daripada pelbagai organisasi daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) dari Pantai Timur dan juga daripada Agensi Kerajaan di Terengganu.
 
UMT Jaya Holdings juga diberi laluan untuk membuka Booth di Raia Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu sehingga pukul 5 petang. Terdapat banyak program & promosi yang telah kami tawarkan kepada pengunjung yang hadir ke booth kami di sana.
 
Terima kasih tidak terhingga kepada HRD Corp Pantai Timur di atas peluang dan kepercayaan kepada UMTJ Holdings Sdn Bhd bagi turut menjayakan HR Summit 2023 Pantai Timur ini.
Shopping Basket