UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd.

Majlis Selangkah Ke Menara Gading

Seramai 200 pelajar menghadiri Majlis Selangkah ke Menara Gading pada 4 Jun 2023 bertempat di Raia Hotel Kuala Terengganu sempena Karnival Jom Masuk ‘U’ 2023 bagi Zon Timur. Majlis Selangkah ke Menara Gading diadakan untuk memberi pendedahan serta menyebar luas maklumat mengenai peluang pendidikan serta laluan kerjaya kepada para pelajar melalui kerjasama strategik antara ECERDC dan Yayasan PETRONAS di bawah program Yayasan PETRONAS empower ECER Akademik.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Shafruddin Bin Haji Ali Hussin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Sektor Pembangunan Profesionalisme. Turut mengiringi ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), YBhg. Dato’ Baidzawi Che Mat dan Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, YBrs. En. M. Ahmad Shazly.

Majlis ini turut disertai oleh Universiti Teknologi PETRONAS, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat berkaitan kursus kemahiran serta pengajian yang ditawarkan.

Shopping Basket