UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd.

π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ 𝗔𝗣π—₯π—˜π—¦π—œπ—”π—¦π—œ 𝗗𝗔𝗑 π—¦π—œπ— π—•π—’π—Ÿπ—œπ—ž π—£π—˜π—‘π—¬π—˜π—₯𝗔𝗛𝗔𝗑 π—žπ—œπ—§ π—£π—˜π—₯π—‘π—œπ—”π—šπ—”π—”π—‘
Telah berlangsung Majlis Apresiasi dan Simbolik Penyerahan kit Perniagaan bagi Program Yayasan PETRONAS empower ECER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan bagi Daerah Besut dan Kuala Terengganu, bertempat di Galeri A Terengganu Trade Centre (TTC) Kuala Terengganu.
Β 
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Ustaz Ariffin Bin Deraman, Pengurusi JK Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi & Hal Ehwal Pengguna dan diiringi oleh Yang Berbahagia Dato’ Wan Mohd. Hasnan Abdullah, Pengurus Besar, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan YM Tengku Aida Tengku Mahmood, Ketua Operasi Yayasan PETRONAS. Turut hadir Rakan Strategik, Speaker Jemputan dan Rakan Pelaksana program, UiTM bagi meraikan peserta program ini.
Β 
Seramai 10 wakil peserta Upskilling Employment telah diberikan Sijil Tamat Latihan bagi Daerah Besut dan Kuala Terengganu dimana rata-rata peserta berjaya mendapatkan penempatan pekerjaan dengan gaji minima sebanyak RM1,800.00. Turut diadakan, simbolik penyerahan kit mula perniagaan bagi peserta Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Daerah Besut dimana peserta akan diberikan peralatan perniagaan bagi membantu peserta memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.
Β 
Majlis ini juga dimeriahkan lagi dengan gerai pameran daripada enam (6) peserta Daerah Besut dimana mereka berpeluang mempamerkan produk perniagaan kepada tetamu yang hadir.
Shopping Basket