UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd.

π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—š 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π—’π—Ÿπ—˜π—› π—Ÿπ—˜π— π—•π—”π—‘π—šπ—” π—žπ—˜π— π—”π—π—¨π—”π—‘ π—§π—˜π—₯π—˜π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—¨ π—§π—˜π—‘π—šπ—”π—› (π—žπ—˜π—§π—˜π—‘π—šπ—”π—›)
UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. (UMTJ) telah menerima Sesi Kunjung Hormat oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Kunjungan KETENGAH diketuai oleh Encik Zainuddin bin Hj. Md Zaki selaku Timbalan Pengurus Besar. Turut hadir ialah Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid selaku Pengurus Ekonomi dan Usahawan. Selain itu, En Mohd Zakiran bin Jusoh Jesenawi selaku Jurutera Awam dan En Latif bin Muhamad Selaku Penolong Pengurus, Ekonomi Ternak serta delegasi. Team UMTJ diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.
Β 
Antara aktiviti-aktiviti utama sesi ini ialah sesi perbincangan peluang perniagaan dan usahasama terutamanya di dalam bidang kepakaran kedua-dua pihak. selain itu, menawarkan beberapa peluang baru yang boleh diterokai antara kedua-dua pihak.
KETENGAH turut dibawa melihat Projek Ternakan Ikan Tilapia di dalam Kanvas UMTJ dengan menggunakan teknologi Rapid Biofloc UMT. Teknologi Rapid Biofloc hasil kajian dan inovasi oleh Prof. Madya Ts. Dr. Nor Azman Bin Kasan telah Berjaya memenangi pelbagai pingat dan anugerah di peringkat Tempatan dan Antarabangsa. Teknologi ini membolehkan biofloc dibentuk seawal 5 hari berbanding proses pembentukan sendiri secara konvensional yang mengambil masa selama 30 hari. Dengan teknologi ini juga, kos makanan dapat dikurangkan sehingga 30%.
Β 
KETENGAH turut dibawa melawat ke Institut Akuakultur Tropika dan Penyelidikan Perikanan (Institute of Tropical Aquaculture & Fisheries) [AKUATROP]. Fungsi utama AKUATROP ialah memperkukuhkan lagi industry akuakultur melalui kajian, pembangunan dan inovasi, melalui peningkatan produktiviti ikan, ketam, udang dan spesis-spesis akuakultur yang lain. AKUATROP telah diiktitraf sebagai Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence [COE]) pertama bagi akuakultur di Malaysia.
Shopping Basket